Langkah pengawasan Aluminium

Aluminium adalah merupakan salah satu daripada unsur yang paling berlimpah yang nampaknya tidak mempunyai fungsi berguna untuk sel-sel hidupan, akan tetapi beberapa peratus orang adalah alah terhadapmya — mereka mengalami dermatitis sentuhan daripada apa-apa bentuk aluminium: radang yang gatal akibat penggunaan stiptik atau barangan antipeluh, gangguan pencernaan dan ketidakmampuan untuk menyerap nutrien daripada makanan yang dimasak pada periuk aluminium, dan muntah serta lain-lain gejala keracunan akibat pengunyahan produk seperti Rolaids, Amphojel, dan Maalox (antasid). Dalam sebilangan manusia pula, aluminium tidaklah setoksik logam-logam berat, tetapi terdapatnya bukti sedikit ketoksikan sekiranya dimakan pada jumlah yang banyak, walaupun secara amnya belum lagi terdapat bukti yang menunjukkan bahawa penggunaan perkakas-perkakas dapur aluminium membawa kepada keracunan aluminium. Penggunaan berlebihan antasid yang mengandungi sebatian aluminium dan penggunaan secara berlebihan bahan antipeluh yang mengandungi aluminium adalah lebih berkemungkinan menjadi penyebab keracunan pada manusia. Ia pernah dicadangkan bahawa aluminium mempunyai hubung kait dengan penyakit Alzheimer, walaupun baru-baru ini kajian tersebut telah disangkal; iaitu pengumpulan aluminium adalah mungkin merupakan akibat kerosakan daripada penyakit Alzheimer, bukanlah penyebabnya. Dalam apa-apa kejadian sekalipun, jika terdapatnya ketoksikan aluminium, ia semestinya adalah melalui mekanisme yang sangat tertentu, kerana jumlah pendedahan manusia kepada unsur ini dalam bentuk tanah liat semulajadi dalam tanah dan habuk amatlah banyak sepanjang jangka hayat manusia.

Langkah pengawasan haruslah dijalankan untuk mengelakkan aluminium daripada terkena sesetengah bahan kimia yang boleh menyebabkannya untuk terhakis dengan cepat. Contohnya, hanya sedikit kandungan raksa yang disapu pada permukaan sekeping aluminium boleh memecahkan lapisan aluminium oksida yang pada kebiasaannya hadir. Dalam masa beberapa jam sahaja, alang binaan berat boleh dilemahkan dengan ketara sekali. Oleh sebab inilah, termometer raksa tidak dibenarkan dibawa masuk oleh kebanyakan syarikat penerbangan, kerana aluminium merupakan komponen binaan yang biasa dalam sesebuat pesawat terbang.